.

Thursday, March 24, 2016

USS Conestoga. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Sebuah kapal Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang hilang 95 tahun lalu bersama 56 anak kapal ditemui di luar San Francisco, sekali gus mengakhiri misteri terbesar dalam sejarah tentera laut AS, kata pihak berkuasa hari ini.

Bot tunda USS Conestoga, yang hilang pada 25 Mac 1921 sebaik berlepas dari San Francisco ke Pearl Harbor di Hawaii, adalah kapal Tentera Laut Amerika Syarikat terakhir yang hilang dalam keadaan aman, kata Tentera Laut dan Pentadbiran Atmosfera Laut Kebangsaan dalam satu kenyataan bersama .

"Selepas hampir seabad diselimuti kekaburan, kehilangan Conestoga tidak lagi misteri," kata Penolong Setiausaha Perdagangan untuk pemerhatian alam sekitar dan ramalan dan Timbalan pentadbir NOAA, Manson Brown.

Bangkai itu mulanya dikesan pada 2009 pada kedalaman 58 meter oleh pasukan kajian NOAA yang bekerja berhampiran Kepulauan Farallon, kira-kira 48 kilometer ke barat San Francisco.
Conestoga yang berada 4 kilometer di luar Tenggara Pulau Farallon di Taman Perlindungan Marin Greater Farallones, dikenal pasti secara positif pada Oktober 2015.

Pakar percaya kapal itu tenggelam ketika anak kapal cuba untuk sampai ke teluk yang terlindung ketika di badai ribut.

Usaha mencari kapal yang hilang itu mendapat perhatian meluas media Amerika selama beberapa bulan, sama seperti carian membabitkan penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang dua tahun lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Tiada mayat ditemui tetapi bangkai itu dilindungi undang-undang yang melarang sebarang gangguan ke atas sebarang kapal dan kapal terbang tentera yang tenggelam.

The Conestoga meninggalkan San Francisco menuju ke Pearl Harbor dengan destinasi terakhir Tutuila di Samoa Amerika. Tentera laut mengisytiharkan Conestago dan anak kapalnya hilang pada 30 Jun 1921.

Sumber : Berita Harian Online

0 comments:

Post a Comment