.

Monday, March 14, 2016

Gambar yang dituntut dikeluarkan dari dinding Universiti Nottingham, United Kingdom. Foto Persatuan Nottingham Malaysia

SHAH ALAM – Persatuan Nottingham Malaysia meluluskan usul untuk membahaskan petisyen yang dikemukakan salah seorang ahlinya, Cassandra Chung berkaitan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada mesyuarat agung tahunan mereka, Rabu ini.

Menurut ahli jawatankuasa persatuan itu, pihaknya tidak menyatakan persetujuan atau menolak tindakan Cassandra tersebut namun menyerahkan keputusan di tangan ahli-ahlinya untuk mengundi nanti.

“Kami juga menyedari bahawa Cassandra tidak terlibat dengan mana-mana parti politik dan kenyataannya dalam petisyen itu hanya gesaan yang menuntut akauntabiliti bagi pihak perdana menteri sebagai tokoh yang mewakili rakyat sesebuah negara.

“Kami tidak melihat mana-mana kenyataannya itu yang menyokong atau menentang sebarang parti politik secara khusus. Sehubungan itu, tiada sebarang sebab untuk kami melarang usul itu dibahaskan dalam mesyuarat,” katanya melalui Facebook, Sabtu lalu.

Cassandara dalam petisyen atas talian itu menggesa agar gambar Najib berukuran kira-kira 1 meter dikeluarkan dari dinding alma mater Universiti Nottingham di UK itu dan dilaporkan telah mendapat beribu sokongan sebelum tarikh akhirnya.

Dalam kenyataan sama, ahli jawatankuasa persatuan itu menegaskan pihaknya menentang sebarang bentuk ancaman keganasan terhadap Cassandra mahupun keluarganya dan menggesa semua pihak terlibat agar berfikir secara rasional terhadap isu ini sebelum membuat sebarang keputusan.

Sumber : Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment