MH370 : JACC sahkan tiada objek dikesan sehingga semalam
PERTH 11 April - Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) Australia mengesahkan tiada objek dikesan oleh pesawat atau kapal semasa misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi semalam.
JACC dalam satu kenyataan di sini hari ini menyatakan, lebih 12 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 13 kapal laut kini digerakkan dalam operasi mencari MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
"Malah, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) juga merancang dua kawasan pencarian berhampiran dengan jumlah keluasan 46,713 kilometer persegi. Pusat pencarian terletak kira-kira 2,312 kilometer ke barat laut Perth,
"Cuaca hari ini diramalkan dengan tiupan angin dari barat selaju 10-15 knot serta hujan sekali-sekala, ombak setinggi 1 hingga 1.5 meter dan jarak penglihatan dalam keadaan hujan adalah lima kilometer," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia
0 comments:
Post a Comment