.

Thursday, April 3, 2014


KUALA LUMPUR: Perkataan “berakhir” di selatan Lautan Hindi yang dipilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menerangkan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.

Bercakap dalam sidang akhbar di kedutaan China di sini hari ini, Huikang mempertahankan perkataan yang digunakan oleh Najib dalam usaha bagi mengelakkan makna yang mendatangkan keburukan dalam kalangan anggota keluarga penumpang.najib-razak-dan-hishamuddin-625x416

“Saya faham, Najib berhati-hati memilih perkataan “berakhir” daripada jatuh, terhempas atau tiada siapa yang terselamat kerana jika beliau memilih perkataan itu ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada anggota keluarga .

“Anggota keluarga (warga) China masih berharap orang yang mereka sayangi masih selamat,” katanya.

Pada 24 Mac, 17 hari selepas kehilangan pesawat Boeing 777-200, Najib mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal “berakhir di selatan Lautan Hindi” selepas analisis terbaharu data satelit, syarikat telekomunikasi satelit United Kingdom Inmarsat dan Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara UK (AAIB) merumuskan bahawa Penerbangan MH370 terbang melalui koridor selatan dan bahawa kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

0 comments:

Post a Comment