PERTH: Ketika operasi mencari dua objek besar yang dikesan oleh satelit Australia di selatan Lautan Hindi diteruskan pada hari ketiga hari ini, pegawai Australia berkata mereka tidak akan berputus asa dengan pencarian itu yang boleh sifatkan sebagai penunjuk paling hampir dalam misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Hari ini, tiga pesawat tentera dari China tiba di Perth untuk membantu mencari di kawasan seluas 2,500 kilometer dari barat daya bandar berkenaan. Kapal perang dari Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat sudah pun berada di lokasi, manakala dua pesawat Jepun akan tiba membantu misi berkenaan esok.
Perdana Menteri, Australia Tony Abbott pada lawatan rasmi ke Papua New Guinea, berkata operasi mencari terganggu pada peringkat awal berikutan cuaca yang tidak menentu namun keadaan semakin bertambah baik kini.
“Operasi ini dibantu oleh kapal dan pesawat dari beberapa negara selepas dua objek yang dikesan imej satelit itu menjadi petunjuk besar kepada misteri kehilangan MH370,” katanya. - AP
Sumber : Berita Harian
0 comments:
Post a Comment