WASHINGTON: Malaysia hari ini meminta Amerika Syarikat (AS) memberi bantuan dari segi peralatan pemantauan dasar laut bagi mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Setiausaha Akhbar Pentagon, Laksamana Muda John Kirby, berkata permintaan itu disuarakan dalam perbualan telefon antara Setiausaha Pertahanan, Chuck Hagel dengan Menteri Pertahanan yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Dalam kenyataannya, Kirby berkata Hagel berjanji untuk membantu dari segi sokongan kemudahan teklologi dasar laut yang dimiliki tentera Amerika untuk membantu misi mencari pesawat berkenaan.
Pentagon berkata, pihaknya membelanjakan AS$2.5 juta dalam menggerakkan kepal dan pesawat untuk misi berkenaan dan membuat peruntukan tambahan AS$1.5 juta untuk tujuan itu. - AP
Sumber : Berita Harian
0 comments:
Post a Comment