Iwao Hakamada
TOKYO: Seorang lelaki dipercayai tahanan hukuman mati paling lama di dunia hari ini dibenar untuk perbiacaraan semula di Jepun atas kesalahan membunuh pada 1966 selepas pengakuannya sebelum ini menimbulkan keraguan.
Mahkamah Daerah Shizuoka memutuskan untuk mengadakan perbiacaraan semula terhadap Iwao Hakamada, 78, yang didapati bersalah kerana membunuh ketua dan anggota keluarga mereka.
“Mahkamah menggantung hukuman mati dan menarik balik hukuman yang dijatuhi terhadap tertuduh," demikian menurut pegawai mahkamah berkenaan hari ini.
Hakamada adalah orang keenam sejak berakirnya Perang Dunia II mendapat perbiacaraan semula selepas hukuman mati terhadapnya disahkan.
Pada 1966, Hakamada dari awalnya menafikan dakwaan bahawa dia merompak dan membunuh ketuanya, isteri dan dua anak mereka sebelum membakar rumah kediaman.
Namun selepas itu beliau membuat pengakuan bersalah kerana mendakwa beliau dipukul ketika polis melakukan penyiasatan terhadapnya sebelum Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman mati terhadapnya pada 1980.
Kakak Hakamada, Hideko, 81, tanpa henti berkempen untuk mendapatkan perbiacaraan semula terhadap adiknya.
“Kepada semua, saya mengucapkan berbanyak terima kasih. Ini berlaku kerana bantuan anda semua. Saya amat gembira sekali," katanya mengggunakan pembesar suara di hadapan wartawan dan penyokongnya di luar mahkamah. - AFP
Sumber : Berita Harian
0 comments:
Post a Comment