.

Thursday, March 27, 2014


SEPANG: Pasukan Formula Satu (F1), pemandu dan pegawai sedang bersiap sedia untuk memberi penghormatan kepada mangsa pesawat MH370 yang hilang dalam perlumbaan, hujung Gran Prix Malaysia, hujung minggu ini.

Perlumbaan pada Ahad ini akan diadakan di sirkit F1 Sepang adalah bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di mana pesawat MH370 berlepas ke Beijing pada 8 Mac lalu.

Pasukan Mercedes yang ditaja oleh syarikat minyak Malaysia, Petronas, akan memaparkan mesej khas pada kereta dan topi keledar pelumbannya.

Pemandu Petronas, Lewis Hamilton berkata, tragedi itu amat menyedihkan sehingga 'jiwa dan perasaan saya hanya kepada keluarga dan sahabat handai mangsa'.

Pegawai F1 dan penganjur tempatan dijangka mengadakan perbincangan hair ini mengenai cara terbaik untuk menyatakan perasaan sedih kepada kejadian itu. - AP

Sumber : Berita Harian

0 comments:

Post a Comment