.

Saturday, March 22, 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah baru beberapa hari blog ini dilancarkan, hampir 5000 viewer yang sudi singgah disini untuk mendapatkan berita terkini dan terhangat. Kami disini hanya mengumpulkan berita terhangat yang terjadi didunia, Malaysia khususnya untuk tatapan anda.. Memang benar, kami mengambil artikel daripada mana-mana akhbar, tetapi kami hanya pilih yang terhangat sahaja. Mungkin ada yang berkata, "alahhh.. copy akhbar, baik baca akhbar jek".. tetapi berapa ramai diluar sana yang mahu membaca akhbar setiap hari? kebanyakan mereka lebih suka mencari dalam talian (online), kerana mereka hanya suka mencari berita yang HOT sahaja.

Jadi pendekatan kami sangat mudah, kumpul kan yang terbaik disatu tempat, dan anda hanya perlu ke tenpat itu sahaja untuk mencari yang terhangat. Kami juga akan mengeluarkan artikel sendiri yang berbentuk rumusan untuk satu-satu peristiwa. Dan dari situ anda akan lebih terpanggil untuk singgah disini. Sekiranya anda mahu COPY artikel disini, kami sangat alu-alukan kerana berkongsi ilmu itu lebih baik daripada menyimpan untuk diri sendiri. Terpulang kepada anda untuk memberi kredit kepada kami atau tidak. Kerana setiap ilmu itu datang dari Yang Maha Esa untuk sekalian hambanya. Kami akan cuba dan terus mencuba untuk memberi yang terbaik untuk anda. Ini adalah satu langkah mula yang sgt muda dan hijau untuk kami. Kami amat menghargai segala sokongan dari anda. Tiada kejayaan yang akan tiba tanpa sebarang usaha, dan hadir nya kejayaan adalah bermula dengan satu langkah kecil yang mudah.

TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA ANDA YANG SUDI SINGGAH DISINI.




0 comments:

Post a Comment