.

Thursday, March 27, 2014


PERTH: Ribut petir dan angin kencang diramal pada lewat petang yang boleh menjejaskan usaha operasi antarabangsa mencari MH370 yang kini tertumpu kepada lebih 100 objek terapung yang dicerap satelit.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) dan Biro Meteorologi Australia hari ini memberi amaran keadaan cuaca dijangka tidak menentu lewat hari ini.


“Ribut petir dijangka berlaku di sana (kawasan pencarian) termasuk angin kencang," kata jurucakap Biro Meteorologi Australia, Neil Bennett.



AMSA kini menyelaras kawasan pencarian meliputi 2,500 kilometer (1,550 batu) di perairan barat daya Perth.

“Kedudukan menerusi maklumat satelit yang dikeluarkan Agensi Remote Sensing Malaysia semalam adalah di kawasan di mana tumpuan SAR dilakukan ketika ini," kata AMSA.

Enam pesawat tentera iaitu dari Australia, China, Jepun dan Amerika Syarikat akan melakukan tinjauan udara bersama lima pesawat awam hari ini membabitkan kawasan seluas 78,000 kilometer persegi. - AFP

Sumber : Berita Harian

0 comments:

Post a Comment