.

Thursday, March 20, 2014


Telah banyak berita yang kita dengar tentang kehilangan pesawat MH370, jadi Sensasi-Berita tidak akan mengulangi berita yang telah anda tahu. Jadi artikel kali ini pendek dan adalah dari sudut pandangan kami sendiri. Dari awal berita kehilangan MH370, jika anda perasan, wartawan yang menemuramah jemputan pasti akan mengulangi perkataan "adakah kemungkinan ianya rampasan?", setiap hari mereka akan mengulangi perkataan yang sama, seperti ada yang mereka sorokkan.

Setiap kali press conference, kita dihidangkan kan dengan cerita yang berulang-ulang seperti mereka juga hendak menyembunyikan sesuatu. Kenapa Malaysia? Adakah ada tangan-tangan ghaib yang ingin mengeruhkan hubungan Kuala Lumpur - Beijing? Atau ada tuntutan lain yang mereka mahukan? Siapakah mereka ini? Seperti artikel-artikel lain di internet, mungin ada yang mengandaikan terdapat kuasa besar disebalik semua ini. Adakah ianya betul atau tidak? Terdapat juga drama yang terjadi semasa proses pencarian, ada yang menarik diri, ada yang kembali menghulurkan bantuan, ada yang terdahulu menghulurkan tangan untuk memberi bantuan.. Pelbagai reaksi dan permainan mereka untuk merendahkan moral kerajaan Malaysia dalam SAR ini.

Terdapat berita yang kami terima bahawa MH370 telah dijumpai. Sejauh mana kebenarannya, kami tidak dapat pastikan. Jadi sama-samalah kita bertawakal dan berdoa semoga kesemua penumpang dan krew MH370 selamat kembali ke tanahair. Kita sama-sama tunggu pengumuman yang akan dilakukan Perdana Menteri, semoga segalanya akan berakhir dengan selamat.

#PRAY4MH370


0 comments:

Post a Comment