Nicol (kiri) ketika menentang Emma Beddoes, semalam.
Pada aksi pertama di gelanggang kaca Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang Subterranean (SPICE), Bayan Baru, pemain berusia 30 tahun itu hanya memerlukan 35 minit untuk menewaskan pemain dari England, Emma Beddoes, 11-9, 11-5, 11-8.
Harus waspada
Nicol yang ditemui selepas perlawanan mengakui terpaksa berhati-hati kerana tidak pernah bertemu dengan pencabarnya itu dalam mana-mana kejohanan sebelum ini.
“Pada set pertama saya hati-hati tidak melakukan banyak kesilapan kerana lawan sukar diramal corak permainannya. Saya mula mendapat rentak selepas set kedua dan ketiga di samping mendapat semangat daripada penyokong skuasy negara,” katanya.
Nicol pemain nombor satu dunia akan bertemu pemain dari Hong Kong, Annie Au pada aksi pusingan kedua, esok.
Laluan pemain kelahiran Pulau Pinang itu ke pentas final juga dilihat mudah kerana tidak bertemu musuh tradisinya iaitu Laura Masaaro dari England dan Raneem El Weleily (Mesir) di peringkat awal.
Sumber : Berita Harian
0 comments:
Post a Comment