.

Thursday, March 20, 2014

KETUA Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof menunjukkan Laporan Pengumuman 
Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kementerian Pendidikan, Putrajaya, hari ini

PUTRAJAYA: Seramai 13,970 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 mendapat keputusan semua A pada keputusan tu yang diumumkan di sini hari ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof, berkata daripada jumlah itu, seramai 11,892 (2.90 peratus) calon sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan 2,078 (6.27 peratus) calon bukan KPM.


"Jumlah itu juga termasuk 405 (0.09 peratus) iaitu 366 calon sekolah KPM dan 39 (0.12 peratus) calon bukan KPM berjaya memperoleh semua gred A+ (cemerlang tertinggi).

"Seramai 479,395 calon mendaftar menduduki SPM tahun 2013 berbanding 472,541 pada 2012 dengan penurunan sebanyak 0.45 peratus," katanya pada majlis sidang media pengumuman keputusan SPM 2013 di sini harini.

Dr Khair berkata, pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 bertambah baik dengan nilai Gred Purata Nasional (GPN) 4.93 berbanding 5.08 tahun 2012.

Sumber : Berita Harian


0 comments:

Post a Comment