.

Wednesday, March 19, 2014

KAJANG - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) telah meningkat secara luar biasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang, Ahad ini.

Berdasarkan maklum balas daripada Umno dan MCA, beliau berkata sokongan terhadap calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun bertambah baik setelah sembilan hari berkempen.

"Sokongan Mei Fun semakin hari semakin baik dan kita mesti teruskan untuk mencapai kemenangan," katanya pada majlis perjumpaan dengan jentera Puteri Umno di Prima Saujana, di sini hari ini.

Muhyiddin turut menyarankan Pergerakan Puteri Umno turun padang menangkis fitnah Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata Puteri Umno harus mengatur gerak langkah bagi mendampingi golongan muda di Dun Kajang bagi meningkatkan keyakinan dan sokongan terhadap BN dan Mei Fun.

"Pergerakan Puteri Umno harus menyalurkan maklumat tepat dan memberi penjelasan kepada pengundi agar mereka tidak mudah terpedaya dengan fitnah dan tuduhan parti lawan untuk menjatuhkan imej BN.

Muhyiddin berkata ia adalah satu misi penting untuk memenangi Dun Kajang kerana ia membawa pengertian cukup besar untuk meningkatkan sokongan rakyat terhadap BN.

Beliau berkata Mei Fun merupakan calon BN terbaik kerana merupakan pemimpin berkelulusan tinggi, berpengalaman, bersikap integriti dan kredibiliti serta mampu memikul amanah dan tanggungjawab.

"Mei Fun kan memberi harapan kepada kita untuk terus berkhidmat memajukan Kajang," katanya.

PRK itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara dua wanita, iaitu Chew dan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR pada 27 Januari lepas. - Bernama

Sumber : Sinar Harian


0 comments:

Post a Comment