.

Tuesday, March 25, 2014


BEIJING: Kementerian Luar China malam ini menuntut Malaysia memberi maklumat dan bukti mengenai pesawat MH370 yang hilang selepas ia disahkan penerbangannya berakhir di selatan Lautan Hindi.

" China sudah pun diberitahu oleh Kerajaan Malaysia mengenai pengumuman terbaharu itu dan kami memberi tumpuan sepenuhnya," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

"China sudah pun menuntut agar Malaysia menyalurkan lagi kepada kami semua maklumat dan bukti mengenai bagaimana ia mencapai kesimpulan berkenaan," kata kenyataan itu sambil menekakan agar operasi mencari pesawat tetap diteruskan. - Reuter

Sumber : Berita Harian


0 comments:

Post a Comment