MH370: Semoga semua ahli pasukan penyelamat SAR sentiasa dilindungi Allah swt. Terima kasih kami ucapkan...
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang ditempatkan di koridor selatan bakal berdepan dengan pelbagai cabaran ekoran keadaan Lautan Hindi yang disifatkan ‘ganas’.
Ombak yang tinggi di Lautan Hindi boleh mencecah sehingga 40 kaki selain tiupan angin yang kuat di kawasan tersebut bakal merumitkan proses pencarian MH370.
“Keletihan pasukan SAR juga perlu diambil kira. Mereka berdiri di tingkap pesawat seharian ditambah pula kemungkinan pesawat yang sentiasa bergoyang.
“Selain itu, kita perlu mengambil kira ketahanan pesawat itu sendiri. Dari pangkalan menuju ke tempat pencarian mungkin mengambil masa empat jam, jika dikira tempoh pergi dan balik, itu sahaja sudah memakan masa lapan jam. Ini tidak termasuk tempoh waktu yang mereka habiskan di tengah lautan bagi mencari pesawat itu,” katanya.
Bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau, MAS, Kapten Datuk Nik Huzlan Nik Hussain menyuarakan pandangannya itu semasa menjadi tetamu dalam program Agenda AWANI pada Sabtu 22 Mac 2014
0 comments:
Post a Comment