.

Wednesday, March 19, 2014


Washington: Pihak pendakwa menggugurkan tuduhan serangan seksual ke atas seorang panglima Amerika Syarikat semalam dalam perjanjian pengakuan yang menyaksikan pegawai terbabit menganiaya orang bawahannya melalui hubungan sulit, kata pihak berkuasa.

Komander kanan terbabit, Brigadier Jeneral Jeffrey Sinclair mengakui bersikap tidak wajar sebagai seorang pegawai atasan tetapi mahkamah menolak dakwaan lebih serius bahawa beliau memaksa seorang kapten wanita melakukan seks oral terhadapnya.

Maklumat terperinci dakwaan itu menarik perhatian umum kerana krisis serangan seksual di dalam tentera turut menarik perhatian ahli parlimen.

Sinclair, 51 yang berkhidmat sebagai komander tertinggi tentera di selatan Afghanistan sudah mengemukakan rayuan pada 6 Mac terhadap beberapa dakwaan termasuk mempunyai hubungan sulit yang dilarang di bawah kod perundangan tentera, kata satu kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa Amerika Syarikat.

Kelmarin, Sinclair mengakui bersalah terhadap dakwaan tambahan gagal untuk mematuhi arahan, kejam dan salah laku, penipuan terhadap Amerika Syarikat dan bersikap tidak sepatutnya sebagai seorang pegawai atasan dan seorang lelaki, kata tentera. - AFP

Sumber : Berita Harian Online


0 comments:

Post a Comment